10 Kelebihan Ebook Bisnes Shopee – Review Ebook Bisnes Shopee 2021

Anda adalah antara pelanggan marketplace Shopee? Adakah anda juga penjual di sini atau bercita-cita untuk memulakan perniagaan online tetapi tidak tahu di mana hendak bermula, saya sarankan anda beli dan baca dulu ebook Bisnes shopee ini kerana ada banyak kelebihan Ebook Bisnes Shopee ini jika dibandingkan dengan ebook lain yang setajuk dengannya.


No. 1: Penulis yang berkaliber


Sebagai permulaan, mari kita berkenalan dengan penulis ebook ini iaitu saudara Mohd Fahmi atau nama gelaran di internet sebagai Jenin. Beliau bukan calang-calang orang di bidang online bisnes kerana telah berniaga bukan sahaja di marketplace Shopee tetapi juga di Ebay, Lelong, Lazada dan Amazon.


Pengalaman di Shopee semenjak 2015 lagi, atas jemputan Shopee sendiri untuk
membuka kedai dan berniaga di Shopee. Terkini berstatus Shopee Preffered Seller.
Beliau juga mempunyai rekod terbaik sebagai eBay Top Rated Seller dan Lelong Star
Seller. Siapa lagi lebih pakar dalam selok belok pernigaan online terutamanya Shopee kalau bukan Saudara Jenin sendiri. Bak kata perpatah,”nak pandai belajarlah dari pakar”.


Ini adalah screenshot dari salah satu akaun beliau di Shopee! Jualan konsisten 4 angka sebulan.



No. 2: Ditunjuk langkah demi langkah (step by step)


Di dalam ebook ini ditunjukkan secara langkah demi langkah, bermula dari mendaftar akaun di Shopee, cara nak upload barang sehinggalah kepada cara pos barang kepada pembeli. Memang complete!


• Cara mendaftar dan kedai shopee anda: sama ada anda menggunakan apps atau
browser di computer, kedua-duanya cara ini diajar, senangkan hanya ikut sahaja.


• Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda: di dalam bab ini anda akan
diberikan tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang sesuai, bentuk dan contoh
description yang terbaik yang boleh anda gunakan.


• Cara nak menguruskan order: Yalah, ini salah satu langkah yang paling kritikal
iaitu selepas mendapat order, anda perlu fikirkan macam mana nak bungkus,
borang perlu print, macam mana jika tiba-tiba stok habis pula? Apa yang
sebenarnya anda perlu buat?
Jangan risau, semuanya ada diterangkan di dalam bab mengurus order.


Anda tidak perlu bersusah payah mecuba perkara-perkara baru yang tidak tentu hasilnya lagi. Anda hanya perlu tiru, copy paste sahaja cara penulis. Senangkan?
Info dan ilmu di dalam ebook ini bertujuan untuk membantu anda bermula dengan pantas tanpa anda perlu membuang masa, tenaga dan wang di dalam mencuba dan mencari-cari cara yang betul untuk mula berniaga di Shopee.


No. 3: Cara menyelesaikan masalah barang tidak sampai atau rosak.

Anda tidak perlu panik bila ada pembeli memberi feedback barang yang rosak atau tidak sampai. Ikut sahaja 6 langkah yang dikongsi oleh penulis ini ketika menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan tidak meninggalkan bad rating di kedai anda.


No. 4: Promosi


Penulis akan ajarkan 4 teknik promosi yang boleh anda gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai anda ke tahap maksimun agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk anda. Bukan setakat 4 sahaja teknik, malah penulis juga memberi ebook bonus yang mengandungi 7 lagi cara promosi PERCUMA yang boleh anda lakukan untuk promosikan lagi kedai dan produk anda di Shopee! Kaedah ini sangat berkesan dan masih digunakan oleh penulis hingga sekarang.


No. 5: Pembekal dropship yang boleh dipercayai

Ebook ini juga memberi lubuk pembekal dropship yang boleh dipercayai, dengan pilihan 100,000 produk yang boleh anda jual. Tinggal pilih sahaja mengikut niche kedai anda.


No. 6: Cara mendapat follower


Anda mesti belajar ‘Teknik 1000 Follower seminggu’ ini. Teknik ini adalah salah satu
RAHSIA besar yang akan diberikan penulis.Adalah penting untuk mana-mana kedai di Shopee untuk mendapatkan follower yang ramai dalam masa yang singkat. Ini teknik advanced yang hanya pakar sahaja yang tahu. Hanya diajar di dalam ebook Shopee ini.


No. 7: Cara mengkaji produk laku keras tapi kurang saingan


Penulis juga bermurah hati memberi bonus bertajuk ‘JUAL PRODUK TANPA PESAING’, di mana ada dikongsikan teknik atau cara membuat kajian produk laku keras tetapi kurang saingan. Ini penting kerana susah untuk membuat jualan jika produk yang anda jual tiada permintaan atau mempunyai terlalu ramai penjual lain yang menjual niche produk yang sama.


No. 8: FB Group Support


Kenapa FB Group support penting? Kerana anda boleh bertanya soalan jika anda ada sebarang perkara yang mungkin anda kurang jelas setelah membaca ebook Bisnes Shopee ini atau anda ada masalah semasa mengunakan Shopee dan dah tak Nampak jalan!. Di dalam group ini juga anda boleh saling mengenali pembeli-pembeli ebook yang lain dan berkongsi info dan tips yang terkini!


No. 9: Jaminan Wang Dikembalikan 100%


Ya, betul. Sekiranya selepas anda khatam ebook ini tetapi masih blur/ tak faham atau tidak puas hati, jangan bimbang kerana wang anda dijamin akan dikembalikan 100%. Itu adalah jaminan Kepuasan anda, admin akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK
SOAL!


No. 10: Harga mampu milik


Harga ebook ini hanya RM100, sangat-sangat berbaloi dengan ilmu yang diberi,
ditambah pulak 3 ebook bonus dan FB Group support. Dengan pelaburan minima ini, tidak akan merugikan anda dengan syarat anda mengikut panduan di dalam ebook ini dengan betul seperti apa yang penulis kongsikan. InsyaAllah anda akan dapat membayar semula kos ebook ini tidak sampai seminggu selepas anda mula praktikkan ilmu ebook ini dengan berniaga di Shopee.


Nah, 10 kelebihan Ebook Bisnes Shopee, review Ebook Bisnes Shopee yang saya tulis ini. Apa pun, dengan kelebihan ini akan membuka minda anda unutk memulakan perniagaan di Shopee dan menjadikan ebook ini sebagai panduan menuju kejayaan sebagai perniaga di Shopee.

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Nak Berjaya Di Tahun 2020, Sila Buat Perubahan Hidup

Salam hormat;

Bila dilihat kawan-kawan sekeliling, mereka nampaknya meninggalkan kita jauh dari segi kemajuan dan perubahan hidup. Mula terasa cemburu. Kenapa diri sendiri tetap masih sama saja, bukan setakat hari ini tetapi sudah bertahun-tahun macam ni. Mula timbul hasrat nak buat satu perubahan besar. Ya, nak berjaya di tahun 2020, silalah
buat perubahan hidup.

Tapi malangnya tak tahu nak mula kat mana.

Hari ini tiba-tiba teringat pada satu perpatah dari Mr. Alber Enstein, seorang genius dalam bidang sains. Katanya “Insanity is doing the same thing again and again, but expect different result”. Lebih kurang bermaksud, “Adalah gila bila buat benda sama, tetapi mengharapkan hasil yang berbeza”.

Bila fikir balik, kini kita sudah berada di penghujung tahun 2019 dan sepanjang tahun ini kita buat benda sama. Tahun 2018 kita pun buat benda sama. Tahun 2017 kita pun buat benda sama.Apakah pada tahun 2020 pun kita nak buat benda sama lagi?

Tidak bosankah kita asyik buat benda sama je?

Contohnya, anda dah dengar tentang money in the list berapa kurun dah? Tetapi ada tak anda kumpul list?

Contohnya lagi, anda dah tahu, produk digital adalah cara termurah untuk jadikan tool marketing kepada bisnes anda yang sedia ada (eh, anda tau ke?), tapi, anda tak guna pun produk digital untuk tarik orang ramai kenal produk anda.

Contohnya lagi, anda sudah tahu, zaman sekarang ni promosi kena buat online, walaupun bisnes anda ada kedai, tapi adakah anda buat?

Contohnya lagi, sekiranya anda boleh berniaga tanpa membuka kedai hanya melalui marketplace yang memang dah tersedia ramai pembeli seperti Shopee dengan modal sangat –sangat minima. Adakah anda buat?

Anda tak buat pun?
Kenapa?
Takut?

Kalau takut, carilah mentor dan ilmu. Tahun 2020, carilah seorang mentor yang terbukti mahir di dalam bidangnya, yang boleh membimbing kita.

Mahal? Takde duit? Perasaan kita je kot.
Cuba buat kira-kira balik, berapa banyak kita dah rugi selama ni.
Buat tak jadi, buat tak jadi-jadi.

Contohnya, FB Ads … buat rugi. Buat lagi rugi … rugi lagi. Mesti ada sesuatu yang tak kena.

Contohnya Prospect list …. anda tidak tahu nak mula dari mana.

Contohnya, berniaga di Shopee… tak tahu flow sebenar nak buat jualan.

Persoalan yg kena tanya, kenapa orang lain boleh, kenapa aku tak boleh?

Nak ubah hidup memang tak mudah, tapi kalau tak ubah selamanya kita akan berada dalam situasi yang sama, dengan masalah yang sama dan tekanan yang sama. Jawapan ke mana masa depan anda ada di tangan anda sendiri. Nak berjaya di tahun 2020, silalah buat perubahan hidup. Pesanan untuk diri saya juga.

Posted in Artikel umum | Tagged , , , , , , , , , , , , , , | Tinggalkan komen

13 Niche Produk Trending yang Mudah Dijual pada Tahun 2019 dan 2020

Masih mencari-cari produk hot dan trending yang mudah dijual pada tahun 2019? Anda ingin menjual secara online?

Ingin membina store online tapi masih mencari-cari produk hot yang patut dijual. Anda mahu menjual barangan fizikal online untuk menjana keuntungan. Untuk itu anda perlukan data yang boleh dipercayai dan idea produk yang sesuai.

Ada beratus niches yang berpotensi juga jutaan produk yang boleh anda jual secara online. Namun asas kejayaan anda bergantung kepada 2 perkara iaitu produk dan target pasaran yang betul.

Jangan sesuka hati memilih produk tanpa melakukan mengkaji terlebih dahulu produk apa yang mendapat permintaan di pasaran tempatan mahu pun antarabangsa. Bagi newbie memang kelamlah bab mengkaji pasaran online ini, Namun di sini disenaraikan 21 produck niche yang menjadi hot pada tahun 2019 rujukan website xxx.

1. Pakaian dan aksesori

Pakaian sentiasa mendapat tempat pertama di hati pengguna. Purata setiap almari pakaian mempunyai lebih dari 100 barangan berkaitan dengan pakaian dan fesyen. Apatah lagi kita berpakaian bergantung kepada tujuan seperti pakaian pejabat, sukan atau santai di pantai.

• Denim
Pakaian daripada demim samada seluar, dress atau vest.

Pakaian dari denim tidak pernah lapok dek hujan sentiasa ever green tetapi sejak akhir-akhir ini Mr. Google memberitahu bahawa denim menjadi style terkini. Denim samada untuk dewasa atau kanak-kanak laku keras di Amazon setiap hari.

• Shapewear
Shapewear sangat berkesan untuk memberikan bentuk badan semulajadi tanpa lelemak tebal di pinggang, perut, pinggul dan peha.

• Jam minimalist
Jam adalah niche evergreen, sentiasa mendapat tempat di hati pengguna.Setiap tahun penjualanya dan carian di internet meningkat sebanyak 8%.

2. Cosmetik dan produk pejagaan kulit

• Bulu mata palsu
• Minyak kelapa
• Ubat gigi arang

3. Elektronik dan aksesori

• BlueTooth Speakers
Wireless speaker industrial diramalkan akan terus berkembang 10% setahun kepada USD31.8 Billion sehingga tahun 2023.

• Drone component parts & accessories
Apa yang menarik tentang drone adalah harganya yang mahal. Pencapuran antara aksesori drone dan komuniti yang sangat-sangat berminat mengenai drone menjadikan niche ini sangat menarik. Namun anda perlulah mempunyai pengetahuan teknikal yang mendalam mengenai drone.

• Dash cam

4. Telepon pintar dan aksesori

Keseluruhan penggunaan telepon pintar menjadi kegunaan penduduk dunia semenjak 2016 lagi. Oleh kerana itu, telepon pintar dan aksesori dijangkakan akan terus berkembang kepada USD108B hingga tahun 2022.

• Magnetic charger
• Car friendly mini USB charger
• Wireless Bluetooth earphones

5. Penjagaan rambut dan aksesori

Semua orang mempunyai keperluan untuk rambut yang berbeza. Dari segi perjagaan hinggalah kepada hiasan rambut.

• Shampoo untuk pertumbuhan rambut
• Penghilang rambut/ bulu
• Mask rambut

6. Kesihatan/ nutrisi/ supplement

• Matcha powder/ tea
Matcha green tea powder, matcha powder, matcha tea
Manusia sentiasa berminat dengan ‘cara mudah menguruskan badan’. Tiada lagi yang lebih mudah dari menguruskan badan dengan hanya secawan teh. Teh Matcha berasal dari Jepun. Semua orang tahu mengenai Green tea tetapi mungkin tak ramai tahu mengenai teh matcha namun semenjak sepuluh tahun ini teh matcha telah mendahului green tea walaupun keduanya berasal dari pokok yang sama cuma teh matcha lebih
berkhasiat dari green tea.

• Teh/ jus detox
Adalah beberapa jenis teh dan jus yang mempunyai kebolehan detox. Keseluruhan pasaran jus detox ialah USD3.4B, bermakna ini adalah niche yang baik.

• Paleo bars/ powder
Salah satu cabang diet yang diamalkan ialah Paleo diet. Diet ini kembali kepada diet nenek moyang kita dulu-dulu yang bermakna tiada makanan yang diproses.Pengikut paleo obses mengenai permakanan dan akan memastikan mereka makan makanan yang berkualiti bagi menjamin kesihatan mereka.

7. Dekorasi rumah

Dekorasi rumah mempunyai permintaan yang tinggi apatah lagi dengan perkembangan media sosial seperti facebook and Pinterest yang mendedahkan kepada umum mengenai dekorasi rumah.

• LED lighting
Keseluruhan berlaku peningkatan trend dalam industri LED sebanyak 13% setiap tahun. Dalam dekorasi LED lighting lebih focus kepada outdoor dan dapur lighting.

• Rak buku
• Perabut set bilik tidur

8. Rumah dan taman

• Cordless drill
• Lampu hiasan laman
• Power tools

9. Kanak-kanak dan bayi

• Pakaian bayi
Pakaian bayi sentiasa mendapat permintaan tetapi niche pakaian bayi adalah terlalu besar, anda disarankan untuk lebih mengecilan niche ini seperti pakaian untuk bayi pramatang.

• Breast pump
• Botol susu

10. Binatang peliharaan

Industrial binatang peliharaan (pet) adalah besar. Kenapa? Kerana kadang-kadang manusia menyayangi binatang peliharaan mereka sama seperti anak sendiri.

• Rumah burung
• Tuala kucing
• Mangkuk anjing

11. Sukan/ aktiviti luar

Dalam niche sukan/ aktiviti luar ini, anda boleh memilih niche specifik dan pilihan
produk yang banyak.

• Boxing gloves
• Camping gear
• Cycling clothing

12. Art supply

13. Party supply

Ibu bapa membelanjakan banyak wang untuk birthday party anak-anak mereka. Konsep pre-package dekorasi sambutan hari jadi berdasarkan umur dan jantina anak mereka.

Anda sudah tahu 13 Niche Produk Trending yang Mudah Dijual di tahun 2019, anda boleh mula membuka kedai online bukan sahaja di Malaysia juga di pasaran antrabangsa. Untuk pasaran Malaysia tempat yang menjadi tumpuan ramai ialah di platform Shopee.

Posted in Jana pendapatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Tinggalkan komen

Menetapkan Matlamat Kewangan Anda

Matlamat kewangan ialah apa yang anda ingin capai. Ia adalah destinasi anda. Dengan adanya destinasi, maka tugas anda sekarang adalah mencari jalan untuk sampai ke sana.
Sudah menetapkan matlamat kewangan anda? Apa rancangan anda?

Sekiranya anda mahu mencapai matlamat kewangan, anda mesti berusaha. Ia perlukan disiplin, sikap dan kemahuan untuk berfikir tentang apa yang anda hendak dan cara untuk mendapatkannya.

Memang susah tetapi tidak mustahil. Mula-mula kenal pasti apa matlamat anda, kemudian susun mengikut kategori supaya anda tahu mana matlamat jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Selepas itu anda fikirkan tindakan anda untuk setiap kategori.

Kenal pasti apa yang penting untuk anda

Kadang-kadang matlamat anda akan ‘clash’ antara satu sama lain dan anda perlu membuat keputusan matlamat manakah yang paling utama.Contoh: menlanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi akan menganggu matlamat anda untuk menulis novel. Anda tidak akan mempunyai cukup masa, tenaga atau mental untuk membuat dua
perkara serentak. Menulis novel mungkin akan menyebabkan anda menangguh atau terus tinggalkan cita-cita anda untuk mendapat kerja dengan gaji yang lebih baik.

Ada 2 tips untuk mengetahui apa yang anda paling perlu. Caranya, pertama senaraikan ‘benda yang anda hendak’ dan yang kedua, apa benda yang anda perlu lepaskan untuk mendapat’benda yang anda hendak’.

Contoh:

Beli rumah: Apakah anda sanggup membayar bulanan pinjaman rumah yang tinggi, kos penyelenggaraan, cukai pintu dan cukai tanah?

Berkeluarga: Adakah ia akan menghalang anda majukan kerjaya anda? Jika betul, adakan anda okey? Macamana dengan mempunyai anak akan memberi kesan pada masa, wang dan tenaga anda? Apakah pengorbanan yang akan dan sanggup anda buat untuk mereka?

Mengejar kerja ‘impian’: Mungkin anda bercitia-cita menjadi pelakon atau penulis. Dalam mengejar peluang ini anda akan melakukan kerja sementara untuk menanggung kos sara hidup anda yang mungkin tidak akan membuat anda kaya, adakah anda sanggup buat macam tu?

Majukan kerjaya: Adakah dengan kenaikan pangkat itu bermakna anda kena lebih banyak outstations?Adakah bebanan anda bertambah sehingga anda perlu balik lewat atau kerja pada hujung munggu? Apakah yang lebih penting untuk anda – masa atau wang?

Mungkin ianya pelik untuk membaca mengenai matlamat pribadi dan kerjaya di dalam artikel mengenai membina kekayaan, tapi seorang jutawan tidak percaya pada peribahasa ‘wang adalah segalanya’. Mereka bukan saja bermatlamat kewangan tetapi juga pengisian rohani dan kualiti hidup.

Langkah seterusnya ialah mengenal pasti masa yang diperlukan untuk semua matlamat anda. Ada yang segera, ada yang memerlukan beberapa tahun dan ada juga memakan masa lebih panjang seperti bila dan bagaimana anda hendak bersara.

Kami sarankan anda fikirkan dulu sasaran yang perlukan dalam masa beberapa tahun dahulu (contoh 5 tahun), kemudian jangka panjang dan akhir sekali matlamat segera. 5 tahun adalah cukup untuk anda menggunakan imaginasi dan motivasi untuk membuat perancangan.

Apakah yang anda inginkan dalam masa 5 tahun

Personal: Fikirkan di mana anda akan tinggal 5 tahun lagi? Adakah anda mahu mempunyai keluarga? Beli rumah? Ubah suai rumah? Beli kereta idaman? Pergi bercuti keluar negara? Belajar memasak, belajar main piano atau belajar Bahasa Korea?

Profesional: Apakah matlamat profesional anda selepas 5 tahun? Anda sudah dapat ijazah untuk majukan diri dalah kerjaya? Anda ingin tukar kerjaya? Mula berniaga?

Kewangan: Apakah keadaan kewangan anda selepas 5 tahun nanti? Adakah anda ingin hidup tanpa hutang? Ada wang simpanan hari persaraan sebanyak RM100,000? Mampu menyara pengajian universiti anak-anak?

Apakah yang anda inginkan di masa depan

Matlamat jangka panjang adalah yang memerlukan masa beberapa tahun atau mungkin puluhan tahun untuk mencapainya seperti pelan pensaraan dan membiayai pengajian universiti anak-anak.

Apakah yang anda inginkan sekarang

Kadang-kadang menetapkan matlamat nampak seperti sia-sia kerana matlamat anda terlalu besar iaitu perkara yang tidak dapat anda capai hari ini, esok, minggu depan atau bulan depan. Ini sangat mengecewakan kerana kita perlu menunggu lama untuk mendapat apa yang kita inginkan.

Contoh pertama:
Anda ingin membeli sebuah rumah. Sebenarnya matlamat ini sendiri mengandungi beberapa matlamat yang lain. Anda perlu ada cukup wang untuk bayar wang pendahuluan rumah anda – ini pun satu matlamat. 2 matlamat ini berkait antara satu sama lain. Mempunyai akaun simpanan di mana anda boleh menyimpan untuk wang pendahuluan supaya anda boleh membeli rumah. Jadi matlamat segera anda adalah membuka akaun untuk membayar wang pendahuluan rumah anda. Selepas anda buka akaun ini, matlamat anda adalah mula menyimpan.

Contoh kedua:
Anda ingin melangsaikan hutang kad kredit anda. Bergantung kepada berapa banyak hutang anda sama ada ia memerlukan pelan jangka panjang atau jangka pendek. Sekiranya anda ingin mengurangkan hutang yang sedia ada maka anda tidak sepatutnya menambah hutang itu. Jadi langkah segera adalah berhenti menggunakan kad kredit!

Kalau anda ada masalah untuk kenal pasti matlamat jangka panjang, mulakan dengan: mengubah keadaan kewangan sekarang.
Seterusnya fikirkan apa yang anda boleh lakukan sekarang untuk mengurangkan perbelanjaan, bayar hutang, buka akaun pelaburan dan lain-lain. Apa yang anda lakukan hari ini adalah batu asas untuk apa yang anda inginkan dalam masa 5, 10 atau 20 tahun akan datang.

Matlamat anda: S.M.A.R.T

Selepas kenal pasti matlamat anda, jadikan matlamat anda SMART. SMART bermaksud ‘specific’(spesifik), ‘measureable’ (boleh diukur), ‘action-based’ (boleh dilaksanakan) ‘realistic’ (munasabah) dan ‘timed’ (bertempoh).

Specific

Fikirkan matlamat umum anda perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Contoh, sekiranya matlamat umum anda adalah bebas hutang, senaraikan berapa banyak hutang yang anda ada. Matlamat spesifik anda dari matlamat umum ini mungkin bayarkan dulu semua hutang kad kredit, hutang kereta, hutang peribadi atau pun hutang PTPTN.

Measureable/ boleh diukur

Sekiranya matlamat anda untuk bayar semua hutang kad credit, anda boleh mengukur dengan melihat jumlah hutang berkurangan setiap bulan. Jadi salah satu matlamat anda adalah melihat baki hutang berkurang sebanyak RM200 (contoh) setiap bulan sehingga habis dibayar. Melihat progres kewangan ini akan memberi motivasi kepada anda untuk
mencapainya.

Action- based/ boleh dilaksanakan

Fokus pada perkara yang anda boleh kawal seperti berapa banyak down payment untuk membeli rumah, berapa banyak wang untuk disimpan/ belanja tiap bulan. Anda tidak boleh hilangkan hutang sedia ada tapi anda boleh tidak lagi menambah hutang.

Menghalakan matlamat kewangan anda pada perkara yang boleh anda lakukan akan memberi keyakinan kepada anda walaupun anda menghadapi pelbagai halangan nanti.

Realistic

Matlamat yang realistik ialah sekurang-kurangnya menyisih 10% dari pendapatan bulanan anda simpanan dan pelaburan.

Timed/ bertempoh

Tetapkan target yang munasabah untuk mencapai matlamat anda, contoh jelaskan semua hutang kad kredit dalam masa 6 bulan.

Contoh yang merangkumi semua perjelasan diatas ialah:
Anda ingin berkahwin dan perlu mengumpul duit perbelanjaan kahwin sebanyak RM 18,000 dalam masa 3 tahun.
Langkah jangka pendek yang perlu anda ambil ialah menyimpan duit sebanyak RM 500 setiap bulan selama 36 bulan (3 tahun).

Akhir kata, meletakkan matlamat kewangan anda yang jelas adalah langkah yang sangat penting dalam pengurusan kewangan peribadi. Jika tiada matlamat yang ingin dicapai, semua impian anda hanyalah satu angan-angan.

Untuk Anda Yang Masih Tercari-cari “Port Power” Untuk Menjual Barang-Barang Anda Secara Online!
Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

Posted in Artikel umum | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Tinggalkan komen

Pengurusan Kewangan – Buat Perancangan!

Andainya anda betul-betul ingin menjadi bebas kewangan, fasa pertama pengurusan kewangan – Buat Perancangan! Anda perlu mengawal wang anda dengan membuat badget, tetapkan matlamat dan membuat perancangan untuk membina kekayaan. Anda juga perlu memahami hubungan emosi anda dengan wang.

Ada perpatah di dalam dunia kewangan, kalau anda menukar orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya, tunggu selepas 10 tahun. Apa yang anda akan dapai ialah orang kaya akan menjadi kaya semula dan begitu juga dengan orang miskin akan kembali miskin. Kenapa? Jawapan mudah ialah kerana orang miskin akan membelanjakan wang mereka dan orang kaya akan menyimpan wang mereka.

Itulah ‘RAHSIA’ untuk membina kekayaan. Mudahkan? Tetapi kalau ianya begitu mudah, kenapa tidak semua orang menjadi kaya? Seumpama anda di beri sebiji kek, anda hendak simpan kek itu dan dalam masa yang sama anda pun hendak makan kek.

Rahsia orang kaya ialah mereka sedar dan membuat keputusan berapa banyak mereka akan makan dan berapa banyak mereka hendak simpan. Bagi ramai orang akan berlaku pertelingkahan antara emosi dan kehendak apabila ianya berkaitan dengan wang.

Anda perlu belajar cara menyimpan supaya anda boleh membina financial security’, dengan mengubah sikap dan disiplin anda.

BUAT RANCANGAN

Walaupun kehidupan anda sekarang bergantung semata-mata pada gaji, anda masih mampu membuat rancangan untuk mengubah situasi anda sekarang. Ianya mungkin susah dan anda tidak dapat melihat hasilnya dalam masa sehari., tetapi dengan hanya menulis rancangan anda boleh membuka minda untuk kemungkinan-kemungkinan dan pilihan-pilihan yang anda tidak nampak sebelum ini.

Ada 3 elemen penting untuk membuat pelan kewangan iaitu:

1. Bayangan masa depan anda

Bayangkan bagaimana keadaan hidup anda 5 atau 10 tahun akan datang. Ini boleh memberi inspirasi dalam mencari jalan untuk mamastikan visi anda kenyataan. Adanya visi ini difikiran anda akan memberi motivasi untuk anda mengambil tindakan pada hari ini supaya matlamat 5 atau 10 tahun anda tercapai.

2. Menguruskan hutang
Ada hutang baik yang memberi nilai tambah pada anda, ada hutang jahat yang menyebabkan anda membayar lebih untuk barang yang anda ada. Mengurus hutang bermakna anda membuang hutang jahat dan memastikan anda tidak bergantung padanya lagi di masa depan.

3. Mula pelan simpanan
Tanpa simpanan, anda akan kembali ke dalam hutang jahat sekiranya berlaku perkara-perkara di luar jangka. Tanpa simpanan, anda tidak mampu mengambil kesempatan terhadap peluang-peluang menambah wang seperti pelaburan, memulakan perniagaan atau membeli hartanah.

Kenapa di fasa pertama pengurusan kewangan – Buat Perancangan, kita meletak ‘bayangan masa depan’ di senarai nombor 1? Kerana tanpa bayangan, pengurusan hutang dan menyimpan wang menjadi tidak penting untuk anda. Dengan membuat keputusan di mana anda akan berada pada masa depan, akan memastikan anda betul-betul bijak menguruskan kewangan anda hari ini

Untuk Anda Yang Masih Tercari-cari “Port Power” Untuk Menjual Barang-Barang Anda Secara Online!
Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

Posted in Artikel umum | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Tinggalkan komen

Iklan Dengan Menggunakan Testimoni… Berkesan Tak?

Soalan:

1 asas iklan dengan mengunakan testimoni, adakah ianya berkesan?
Bolehkah iklan ini menjana jualan sehingga jutaan ringgit setahun?

Jawapan:

Berdasarkan ujikaji dan eksperimen oleh Saudara Aqif Azizan (Pengasas, Write to Wealth), iklan yang terbaik adalah apabila anda
mampu menjual cerita individu yang pernah menggunakan produk anda.

Bahasa lain untuk konsep ini adalah testimoni. Testimoni ni adalah
komen yang pelanggan berikan pasal bisnes atau pun produk spesifik
yang dijual. Jadi, testimoni ni jugak termasuk dalam content marketing sebab anda boleh share di dalam akaun bisnes anda, tak kisahlah di media sosial yang mana pun.

Testimoni dari iklan jualan ebook Bisnes Shopee

Kenapa asas ini sentiasa berkesan? Kerana memang ianya fitrah
manusia. Manusia lebih tertarik dengan cerita manusia lain.

Contohnya anda menjual produk untuk menambah susu ibu. Daripada
membebel dan berusaha meyakinkan prospek tentang manfaat produk yang anda jual, lebih baik anda fokus menjual cerita seorang customer yang betul-betul berpuas hati.

Bagaimana cara yang praktikal? Baca semua tip di bawah sampai habis?

Lihat kembali senarai database pelanggan. Pilih seorang customer yang
sudah repeat order minimum 1 kali (Maksudnya dia telah membeli dua
kali produk anda).

Orang yang membeli kali kedua adalah indikator bahawa produk kita
memenuhi keperluan dan keinginan dia.

Hubungi customer itu untuk dapatkan feedback kenapa dia beli buat kali kedua. Apa yang berlaku pada dia sehinggakan dia sanggup keluarkan duit untuk beli produk anda, sedangkan ada banyak lagi produk yang menawarkan manfaat yang sama atau lebih baik daripada produk anda.

Apabila sudah dapat ceritanya, jual cerita itu dalam iklan berbentuk
testimoni. Panjang testimoni bergantung kepada harga sesuatu produk.
Lagi mahal harga produk itu, maka lagi panjang testimoni yang
bertujuan untuk ‘brainwash’ otak bakal pembeli sehingga mereka rasa
mereka patut membeli dengan anda walaupun harganya lebih dari mampu milik.

Contoh testimoni dari jualan ebook Bisnes Shopee

Jadi, macam mana nak tulis testimoni yang panjang? Budaya copywriting, biasanya dimulakan dengan permasalahan yang dihadapi
oleh pelanggan. Lepas tu cerita akan disambung dengan macam mana
produk/ servis anda membantu hidup dia dan macam mana hidup dia
berubah selepas tu. Banyak produk kecantikan suka guna style cerita
macam ni sebab mereka nak tunjuk betapa besar impak produk mereka
kepada pelanggan mereka.

Lagi satu, bila anda nak share testimoni di media sosial, cuba mulakan dengan tajuk yang menyentuh emosi audiens. Dengan cara ni,
biasanya orang akan sambung baca cerita yang anda share tu. Perkara
sebegini penting untuk tarik perhatian audiens dan membaca sehingga
habis cerita anda tu.

Fokus jual 1 cerita supaya orang boleh ingat.

Apa-apa pun sebelum jual ceritanya, minta izin customer itu dulu.
Ketahui apa yang beliau tak mahu, tahu apa yang beliau mahu. Tak
semua customer mengizinkan gambar mereka dipaparkan dalam iklan.
Tetapi ada banyak cara lain yang boleh anda gunakan.

Jadikan testimoni ini sebagai highlight dalam akaun di media sosial
anda. Kalau ada testimoni berbentuk video, buat copywriting yang bagi
teaser untuk video tersebut dan buatkan audiens rasa nak klik pada
video yang anda share tu. Kalau anda guna Facebook page, anda boleh pin post testimoni anda supaya ia diletakkan sebagai post pertama yang audiens akan nampak bila mereka melawat page anda.

Itu saja pengkongsian hari ini mengenai Iklan dengan mengunakan
testimoni… berkesan tak? Harapnya anda boleh belajar sesuatu yang
extra kali ni. Jumpa lagi nanti, selamat berjaya!

Untuk Anda Yang Masih Tercari-cari “Port Power” Untuk Menjual Barang-Barang Anda Secara Online!
Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

Posted in Jana pendapatan, Uncategorized | Tagged , , , , , | Tinggalkan komen

Cara Nak Jadi Kaya, ikut tips paling simple ini!

Bagaimanakah cara nak jadi kaya, anda boleh ikut paling simple ini! Jawapannya sedekah! Sedekah merupakan salah satu amalan yang menjemput rezeki kepada kita. Membantu orang yang memerlukan, Allah pasti akan membantu kita saat kita memerlukanNya. Lebih banyak kita bersedekah, inshaAllah lebih banyak kita akan menerimanya.

Ini adalah janji dari Allah sendiri yang memang kita yakini akan berlaku seperti firmanNya, “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha
mengetahui”. {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan saja duit baki yang seringgit dua/ sen tu sebagai tips kepada mereka yang menghidang makanan. Kalau kita membayar di kaunter kedai makan, biasanya ada tabung derma di situ. Duit baki dari bayaran yang anda makan tadi sedekahkan kepada tabung derma tu.

2. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid, jangan lupa lepas solat buka dompet, ambil nilai wang yang palingf besar untuk disedekahkan ke tabung surau/ masjid.

3. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar seperti Tesco/Giant, cuba membeli-belah di pasar tani pulak kali ni sambil tolong penjual/ petani. Tak perlu berkira sangat dengan tawar- menawar harga.

4. Masa nak belikan mainan anak, bawa sahaja mereka ke pasar malam. Belikan mainan di sana, lagipun ada bermacam-macam mainan kanak-kanak dijual di sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam.

5. Bila naik teksi, genapkan aje tambang tu. Dengan niat bersedekah.

6. Selalu bayar lebih untuk sesuatu perkhidmatan, contohnya ada orang datang cuci laman rumah, kalau harga servisnya RM30, bagilah lebih sebagai tanda SEDEKAH.

7. Time balik kampung dan singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan anda. Tengok-tengoklah orang di sekeliling. Ada yang singgah dengan ahli keluarga yang ramai, naik kereta lama berhimpit-himpit. Makan pun macam berkongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makanan walaupun mereka mampu.

8. Masa kita minum di kedai kopi/ kedai makan, sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum untuk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yang mana yang patut dibayar.

9. Jika pergi melawat orang sakit di wad, masa hendak belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 lagi pack. Berikan kepada jiran di katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bagi oanrg yang tengah sakit dapat ingatan sebegitu.

10. Setahun dua kali sedekahkan duit raya pada budak-budak, terutamanya kepada anak-anak orang miskin. Gembirakan hati mereka.

11. Edarkan/ sumbangkan Al-Quran, buku-buku agama, buku yang membangun dengan seseorang atau ke sekolah, maahad tahfiz, perputakaan awam, pusat pengajian, surau atau masjid untuk kebaikan diri dan masyarakat.

12. Bantulah pendidikan seorang anak. Ada dengan pelbagai cara seperti bantuan pakaian sekolah, buku, yuran, tuisyen dan macam-macam lagi.

13. Bagi makan kepada binatang
Contohnya kucing. Ketika makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing yang datang minta makanan di tepi anda, ambil sedikit makanan anda dan berikan pada kucing tu.Bukannya banyak. Sesetengah orang membawa makanan kucing di dalam kenderaan mereka dan akan memberi makan pada kucing jalanan yang ditemuinya.

14. Infaq keperluan pembangunan masjid walaupun sedikit

15. Letak sabun basuh tangan
Ada kebanyakan masjid yang kita pergi, macam kekurangan sabun. Toilet pula kadang-kadang agak berbau sebab tak ada pewangi. Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, lepas tu letakkan di masjid yang berhampiran. Insyaa Allah ramai yang dapat guna.

16. Selipar untuk masjid
Kebanyakan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk ambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Apa kata kita beli beberapa selipar jepun dan letak di Masjid.

17. Kain pelikat & telekung
Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau petrol station dan masjid. Semoga dapat digunakan bersama. Katakan di masjid dekat rumah kita, dah ada banyak telekung tapi kotor, kita boleh bawa balik basuh di rumah atau hantar dobi.

18. Kertas & Pen
Di mana-mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah atau kuliah di masjid, biasanya mereka yang hadir tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 lepas tu diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manfaatnya sangat besar, insyaaAllah.

19. Rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan : Membangun rumah musafir atau pondok bagi orang-orang yang bermusafir untuk kebaikan dan bukan untuk maksiat adalah suatu amalan sangat di tuntut. Ini termasuk membina pondok perhentian bas ditepi-tepi jalan yang tidak di bina oleh kerajaan.

20. Sekali sekala buat kenduri, apa-apa jenis kenduri sama ada kenduri besar atau sekadar beli pisang goreng sedekah kat jiran.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa atas asbab bersedekah. Allahkan maha KAYA.

Cuba buat eksperimen rezeki, rasakan perubahannya sendiri kerana ini adalah salah satu cara nak jadi kaya, ikut tips paling simple ini!

Untuk Anda Yang Masih Tercari-cari “Port Power” Untuk Menjual Barang-Barang Anda Secara Online!
Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

Posted in Artikel umum | Tagged , , , , , , , , , , , , | Tinggalkan komen

6 Tindakan Untuk Cepat Kaya…Mesti Buat!

6 Tindakan Untuk Cepat Kaya…Mesti Buat! Ini adalah 6 tindakan mudah
untuk membaiki status kewangan anda.

1. Simpan wang

Seperti kanak-kanak, simpan RM1 atau lebih setiap hari. Sama ada anda
sudah mempunyai simpanan atau tidak, mulakan dengan menyimpan wang
secara manual ini walau pun sedikit. Ini adalah untuk memberitahu kepada MINDA anda, “Tengok! Aku ada tabiat menyimpan wang. Aku suka wang. Pengurusan wang adalah penting dan aku lakukannya setiap hari”.

Selepas sebulan, simpan di dalam akaun simpanan atau membeli barang
yang anda kehendaki atau gunakan wang itu untuk pelaburan.

Selepas tu teruskan dan teruskan lagi tabiat menyimpan kecil-kecilan ini.

2. Ucapan terima kasih

Setiap kali anda menerima wang, ucapkan “terima kasih”. Walaupun
semasa menerima wang baki ketika membeli barang. Ucapkan saja
“TERIMA KASIH”, setiap kali menerima wang walaupun wang tersebut
memang sepatutnya anda terima. Ini juga satu cara tidak langsung
menunjukkan rasa syukur kita dengan rezeki yang kita dapat walau dalam nilai yang kecil.

3. Sedekah

Anda mesti faham 1 prinsip universal iaitu MEMBERI WANG untuk MENERIMA WANG. Ramai orang takut memberi wang kerana mereka fikir, mereka akan kehilangan wang. Tetapi hukumnya adalah sebaliknya. MEMBERI, akan membawa lebih banyak wang kepada anda. Oleh sebab itu setiap kali anda menerima wang samada dari gaji, pelanggan atau dari punca-punca lain, ketepikan 10% untuk disedekahkan.

MEMBERI tidak akan MENGURANGKAN wang anda. Jangan takut untuk bersedekah kepada ahli keluarga dan masyarakat. Lakukan dan anda akan dapat merasa tenang. Berikan RM1, RM10, RM100 dan lebih atau 10% dari pendapatan anda sebagai satu habit. Ikhlaskan diri anda untuk memberi
dengan megharapkan balasan dari Allah, Cubalah, Insya Allah anda akan
menjadi orang kaya dan anda tidak akan menjadi papa dengan bersedekah.YAKINLAH KERANA INI ADALAH JANJI ALLAH. Anda akan menerima kembali berganda-ganda dari nilai yang anda beri.

4.Ubah minda

Adakah anda percaya semua yang anda idamkan bukan setakat wujud tetapi melimpah ruah banyaknya? Atau adakah anda percaya anda mesti kerja kuat untuk mendapat hidup yang anda inginkan?

Adakah anda percaya anda boleh menjadi kaya walaupun anda pada hari ini tidak kaya?

Adakah anda mengamalkan peraturan: 10% menyimpan + 10% melabur + 10% sedekah?

Ubah minda, cara anda menguruskan wang dan bayangkan diri anda menjadi KAYA kerana hakikatnya tiada yang mustahil di dunia ini!

5. Belajar

Ilmu adalah intipati utama kalau nak jadi kaya dan berjaya. Kalau ditanya kepada orang kaya, mereka pun akan ulang cakap benda yang sama. Sudah tentu usaha, tindakan, dan tawakal adalah intipati lain untuk mencapai kejayaan. Tapi, ilmu adalah yang paling utama yang boleh anda fokuskan terlebih dulu.

Dengan belajar mantapkan skil baru dan ilmu dalam bidang yang anda
minati, anda boleh kurangkan masa dalam mencapai kekayaan dalam hidup.

Belajarlah sesuatu yang baru bila anda ada masa terluang. Tak kira dengan membaca buku, membaca blog, mendengar podcast atau daftarkan diri ke seminar atau kelas. Janji anda terus belajar dan memantapkan diri dengan ilmu.

Semakin hebat ilmu anda (tak kira dalam apa jenis bidang sekalipun), maka lebih layak dan cepat korang akan jadi kaya.

6. Deklarasi wang

Berdiri dan baca deklarasi di bawah:

• Saya suka wang dan wang suka saya
• Saya sangat KAYA dan saya mampu beli apa saja yang saya hendak.
• Saya sangat KAYA dan saya mampu MEMBANTU orang lain dengan wang.
• Saya belajar MELABUR, jana wang dan bina kekayaan
• Saya belajar cara membina kekayaan dari ORANG KAYA.

Ulang deklarasi ini 3 kali setiap hari.

Dengan 6 Tindakan Untuk Cepat Kaya…Mesti Buat! Insya
Allah bakal MEMBUKA JALAN kekayaan yang melimpah-ruah untuk sesiapa sahaja

Untuk Anda Yang Masih Tercari-cari “Port Power” Untuk Menjual Barang-Barang Anda Secara Online!
Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

Posted in Artikel umum | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Tinggalkan komen

Cara Mudah Menjadi Kaya, Dengan Cepat!

Bagaimana Cara Mudah Menjadi Kaya, Dengan Cepat? Kata orang bukan senang nak jadi senang juga bukan susah hendak jadi susah. Tetapi siapa yang tidak mahu menjadi kaya kan?

Adakah anda layak menjadi orang kaya? Jawapannya adalah bergantung kepada minda, adakah minda anda minda kaya ataupun minda miskin?.
Hanya orang yang mempunyai minda kaya sahaja layak menjadi orang kaya. Langkah pertama adalah menukar minda anda sekarang ini kepada minda kaya.

Hijrah minda kepada minda si kaya dulu!

Tapi apakah minda kaya? Bagi minda kaya:

1. Wang bukan material tetapi wang adalah tenaga.

2. Wang bukan punca kejahatan tetapi punca kepada semua penyelesaian- jadi minda kaya akan kberkata “saya mahu lebih wang!”.

Sekiranya anda mempunyai wang yang lebih, anda boleh gunakan wang itu untuk menyelesaikan masalah sendiri, orang tersayang, keluarga dan orang lain juga. Sekali gus memberi nilai tambah kepada diri sendiri dan masyarakat. Keupayaan memberi menyebabkan anda lebih bahagia, berbanding anda yang hanya mampu melihat tetapi tidak boleh membantu dari segi material mahu pun wang ringgit.

3. “Wang tidak membuat saya bahagia”. SALAH! Hakikatnya tiada apa yang boleh membuatkan anda bahagia selain daripada diri anda sendiri. Kebahagiaan anda adalah tanggungjawab anda. Kalau anda mahu bahagia maka anda boleh tekan suis bahagia yang sedia ada di dalam diri anda sekarang juga. Ia seperti suis elektrik yang anda boleh ‘ON’ pada bila-bila masa.

4. “Saya nampak ramai orang kaya yang tidak mempunyai cinta di dalam hidup mereka”. SILAP! Hakikatnya anda melihat orang yang ‘mempunyai banyak wang’ bukan ‘orang kaya’.

Apa bezanya antara orang kaya dengan orang banyak wang? Orang kaya ialah orang yang kaya dengan kasih sayang, masa, wang, perhatian, berbakti kepada orang lain/ masyarakat, memberi makna, spiritual dan juga kesihatan.

Orang yang banyak duit adalah mereka yang mempunyai minda miskin, percaya mereka perlu mengorbankan kesihataan, hubungan atau keluarga- malah kadang-kadang ke semuanya untuk menjadi ‘kaya’. Ini bukan manifesto kekayaan tetapi sekatan minda. Anda mesti tahu membezakan antara kedua kategori ini kerana kepercayaan ini adalah belawanan arah dari minda kaya anda.

Jadi buang minda anda yang salah!

5. “Saya tak akan kaya”. Mungkin. Anda juga tidak tinggi tetapi tetap anda membesar dari bayi sehingga dewasa. Pada hari ini, anda mungkin tiada wang atau hidup sederhana. Itu tidak penting kerana sekiranya anda memilih untuk menjadi KAYA, dengan izin Allah anda akan menjadi kaya.

6. “Apa yang saya ada sudah cukup”, “saya sudah belajar cukup untuk
menyara diri sendiri dan keluarga”. Betul. Tetapi adakah CUKUP itu
CUKUP? Kerana CUPUP selalunya tidak pernah CUKUP. Anda sepatutnya mempunyai tabiat membuat lebih wang dari yang anda perlukan.

Ini bukan sikap tamak tetapi ‘melimpah’ atau dalam bahasa Ingerisnya ‘abundant’. Keupayaan seseorang yang mempunyai lebih wang adalah anda yang boleh memberi sumbangan bukan sahaja kepada orang tersayang tetapi juga kepada mereka yang tidak berkemampuan, Fikir-fikirkanlah. Setelah anda mempunyai wang, anda akan faham tanggungjawab anda sebagai orang kaya.

7. “Cinta adalah segala-galanya”. Ya, CINTA adalah segala-galanya.
Tetapi hakikatnya CINTA tidak dapat memberi makan mahu pun membina rumah. Tetapi wang boleh. Ada orang beranggapan CINTA dan WANG adalah berlawanan. Ini adalah tanggapan yang SALAH! Wang dan CINTA saling melengkapi antara satu sama lain. Jika anda mempunyai WANG, anda mampu menjaga dengan lebih baik lagi mereka yang anda sayang.

8. “Wang punca masalah”. Hakikatnya Wang tidak pernah memberi
masalah. Minda miskin adalah punca terjadinya masalah.Kesilapan
menguruskan wang memberi masalah.Sekiranya anda menguruskan wang dengan betul, wang akan menguruskan hidup anda dengan baik.

9. “Saya akan kehilangan kawan sekiranya saya lebih kaya dari mereka”. Kesimpulannya adalah anda mempunyai kawan yang salah. Sahabat sepatutnya akan gembira dengan kejayaan anda, bukannya perasaan negatif dan cemburu. Sekiranya mereka mengacam untuk meninggalkan anda atau anda rasa anda akan kehilangan mereka setelah anda berjaya, adalah pemikiran yang bodoh. Pilihan anda samada tukar pemikiran anda atau tukar kawan.

Buang minda miskin yang menghalang, dan tanamkan minda KAYA yang baharu. Katakan pada diri anda, “SAYA ADALAH SATU-SATUNYA MASALAH DALAM HIDUP SAYA”.

10. Minda miskin akan fikir “untuk mendapat sesuap nasi pada ketika ini, memerlukan mereka bekerja dengan kuat, bayangkan betapa teruknya mereka kena kerja kalau mahu menjadi kaya”. Perkara yang anda perlu tahu ialah pemikiran yang salah. Sekiranya anda ingin menjadi orang kaya, anda mesti BELAJAR cara menjadi KAYA. Anda tidak perlu bekerja lebih keras, terus berkorban atau kerja sampai mati. Sebaliknya belajar macam mana untuk melakukannya.

Sekiranya anda faham bahawa dalam hidup anda, hanya adalah satu sahaja masalah iaitu ANDA. Hanya anda yang menghalang diri sendiri dari menjadi KAYA. Jadi, adakah anda bersedia untuk menjadi kaya dengan menyelesaikan masalah ANDA itu? Adakah anda bersedia menjadi kaya dengan mengamalkan TABIAT ORANG KAYA?

11. Minda kaya akan membuka peluang-peluang yang berada di sekeliling anda, tetapi minda miskin akan merasakan bahawa semua peluang di sekeliling anda seperti tertutup. Seolah-olah anda berada di jalan mati.

12. Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil
Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi atlamat luar biasa – matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat ang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat ke arah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi jika tidak tercapai, ia masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam
lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk bayar ansuran rumah dan bil . Begitulah matlamat anda di bulan depan! dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bayar ansuran rumah dan bil !”

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai jangka yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya ke hadapan!

13. Minda kaya melihat orang berjaya dengan perasaan “inspirasi”
manakala minda miskin melihat orang berjaya dengan perasaan “benci”.

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dengan melihat orang yang telah berjaya. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik “role-model” di mana, kejayaan seseorang lain menjadi pendorong kejayaan yang sama. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi response-response negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik “Eleh… bawak Mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”.

Mudahan anda mampu menukar minda miskin dan memiliki minda kaya kerana ini adalah cara mudah menjadi kaya, dengan cepat! Insya Allah.

Untuk Anda Yang Masih Tercari-cari “Port Power” Untuk Menjual Barang-Barang Anda Secara Online!
Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

Posted in Jana pendapatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , | 1 Komen

Cara Pilih Produk Hot di Internet


Nah saya belanja cara pilih produk HOT di internet?

Produk apa yang laku di FB? Tak semestinya produk yang kita suka juga disukai oleh orang lain. Malah proses pemilihan produk untuk dijual adalah sangat kritikal dalam perniagaan anda. Yang penting di sini ialah produk yang hendak dijual itu mestilah produk yang orang ramai NAK BELI.

FACEBOOK (Terbukti Laku Keras Di Facebook)

Tips no. 1:

Langkah-langkahnya…
.1. Pergi dekat ruangan search di FB tu, taip keyword seperti: order sekarang, beli sekarang atau keyword-keyword yang sama dengannya yang anda all boleh fikirkan.
.
2. Pilih untuk tengok Post sahaja.
.
3. Silakan scroll, Public Post dan anda akan jumpa banyak produk-produk HOT.
TIPS: Tengok yang mana banyak reaction (likes, love) dan komen… yang tu lah HOT! … JACKPOT!

Photo Credit: FB Dot Com Mastermind with Cikgu Hafis

Tips no. 2

Langkah-langkahnya…
1. Buat beberapa akaun dengan Facebook dengan identiti yang berbeza. Orang kata buat Fake Account. Buatlah akaun untuk profile sebagai seorang lelaki, seorang wanita, seorang remaja lelaki, seorang remaja perempuan. Pastikan usia adalah sekitar 25 – 38 tahun. Untuk set usia, kena pilih tarikh lahir yang sesuai.

2. Add rakan-rakan seperti biasa.

3. PENTING: Perhatikan, apa iklan berbayar yang keluar di newsfeed anda. Nak tau iklan berbayar atau tidak, ia akan tulis perkataan sponsored. Contohnya macam kat bawah ni.

Photo Credit: http://www.Sabreehussin.com

Iklan seperti ini, biasanya memang agak mustahil untuk muncul di wall news feed seorang lelaki. Tetapi kalau pengguna akaun tersebut adalah wanita, maka iklan seperti ini memang boleh muncul.

Pada peringkat ini, anda akan dapat lihat iklan yang berbeza, untuk akaun FB seorang lelaki dengan akaun FB milik seorang wanita. Kenapa? Kerana pengiklan akan target kelompok yang berbeza untuk produk yang berbeza.

4. Perhatikan iklan-iklan yang dipaparkan. Bagaimana dengan respon para audiens? Adakah mereka komen “minat” “saya nak” “PM” atau ada yang beri nombor telefon dalam komen? Ini semua adalah signal yang produk tersebut memang ada permintaan.

Nota: Bila berniaga secara online ni, terutama di Facebook, apa produknya tidaklah begitu penting. Yang penting ada permintaan. Lagipun, bila kita berniaga menggunakan Fanpage, orang bukannya tahu sama ada admin fanpage tu lelaki ke perempuan. Ok faham dah kan?

Tips no. 3

Boleh dilihat pada jumlah enggagement orang pada gambar atau video sesuatu produk seperti like, komen dan share. Jika jumlah enggagement post tersebut melebihi 500, anda boleh cuba jual produk tersebut.

Tapi pastikan juga anda check reaksi apa yang orang bagi pada post tu ye! Haha. Contohnya orang bagi reaksi muka suka ke, muka gelak ke atau muka marah ke. Lepas tu anda baca jugak komen-komen orang samaada lebih kepada positif atau negatif.

Kalau anda tengok sekilas pandang je, mungkin produk tu dapat banyak enggagement tapi sebenarnya banyak orang bagi muka marah dan komen-komen yang negatif sebab mungkin produk tu mencetuskan kontroversi bagi sesetengah pihak.

MARKETPLACE

Tips no. 4

Cari di marketplace seperti Lazada, Shopee dan Lelong.my untuk market Malaysia, manakala untuk market International USA, pergilah ke website Amazon dan ebay.

Produk yang dikatakan terbukti laku keras di marketplace pulak adalah produk yang dalam kategori best seller di marketplace tersebut. Sebagai contoh, di marketplace Lazada, diorang ada kategori most popular. Jika anda pergi ke sesuatu kategori atau niche pun, anda boleh filter susunan produk tersebut mengikut populariti.

Photo credit: http://www.shopievo.com

Dengan ini anda dapat tengok produk-produk yang banyak dapat review. Anda kena check satu-satu produk yang banyak dapat review tu. Pergi kat bahagian review di setiap page produk dan tengok samaada banyak yang positf atau yang negatif. Jika banyak yang positif, anda boleh masukkan dalam list produk hot anda.

Ini dia laman web lelong.my

Photo credit: http://www.sabreehussin.com

Ada produk yang berjaya dijual sehingga ribuan unit banyaknya.

Ini merupakan satu isyarat yang menunjukkan pada satu-satu masa, produk tersebut berjaya dijual dengan kuantiti yang agak banyak.
Menggunakan GOOGLE TREND dan GOOGLE SEARCH.

Tips no. 5

Langkah-langkahnya…
1. Gunalah Google Trend! Dengan masukkan keyword. Contoh keyword ialah “baju muslimah”, pilih “Malaysia”.. kemudian, pilih tempoh masa trend yg anda mahu lihat. Dlm cth ni, sy pilih “past 12 month”..

Lihat pada graf, naik atau turun. Lihat juga negeri/bandar yg ada minat pd baju muslimah, dan lihat keyword berkaitan.
Dari data ini, anda boleh tahu apa jenis baju muslimah yg org nak…

LAIN-LAIN

Tips no. 6

Cari Produk Yang Jenis Problem Solver!

Produk yang ada ciri problem solver ini boleh dikatakan sebagai produk terbaik atau ‘winning product’ sebab ramai orang perlukan produk atau sesuatu yang dapat selesaikan masalah mereka. Contohnya, ubat sapu untuk hilangkan gatal-gatal bayi. Kenapa penting? Untuk hilangkan bayi menangis. Kenapa penting? Untung hilangkan stress mak
bapak!

Kalau anda dapat jumpa produk yang problem solver dan tambahan pulak perceived value (nampak bernilai), boom!

Tips no. 7

Pilih Produk Yang Nampak Berkualiti Dan Bernilai!

Produk yang nampak macam berkualiti dan bernilai ini dalam bahasa inggerisnya kita gelar sebagai produk yang ada ciri ‘perceived value’. Kanapa saya cakap ‘nampak macam’ berkualiti dan bernilai?

Rantai ini harga kosnya murah jer. Tapi cara supplier packing rantai tersebut nampak diorang ni treat rantai ni macam produk yang mahal.

Contohnya, anda bayangkan mereka letak rantai ni dalam satu kotak ala-ala macam kotak cincin yang high class gituu. Bila prospek anda nampak sesuatu produk itu berkualiti dan bernilai, jadi anda boleh jual dengan harga yang tinggi. Sebab itu lah jika anda dapat jumpa produk yang ada perceived value, ia sangat-sangat bagus untuk anda
pilih.

Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee tu!
Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps ‘Shopee‘ tu! Lepas baca artikel ini, anda sudah tahu cara pilih produk hot di internet, Apa kata anda tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu? Caranya… Dengan menjual barang dan jadi peniaga pula disitu! Saya pasti anda sudah dapat idea nak jual produk apa. Cuba jangan tak cuba…..Jumpa lagi……

Posted in Jana pendapatan | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , | Tinggalkan komen